Friday, May 23, 2008

andainya ku silap


tersebutlah suatu kisah...seorang pelajar yg kecewa amat setelah usahanya utk mendapat markah bonus bg satu subjek penulisan dr gurunya tidak berhasil sama sekali. sedangkan sebahagian temannya yg lain berhasil mendapatkannya. ya, kecewa amat. seandainya usahanya itu beroleh hasil, bertambahlah koleksi 'A'nya bg ujian kali itu. namun, apa yg menghalang guru itu dr memberi markah bonus tersebut? semuanya gara2 silap ejaan. meskipun bg kebanyakan guru2 itu hanyalah satu kesalahan kecil, namun si guru ini amatlah sensitif terhadap apa jua salah silap yg dikesan dlm satu2 penulisan, biarpun ejaan cuma. dan seringkali dia mengingatkan pelajar2nya agar berada dlm keadaan sedar (jgn khayal) dan peka ketika menulis.

'.....tiba-tiba dia terdengar satu suara memangilnya dari belakang. Lantas dia berpaling dan............'

begitulah sedikit petikan dr karangan pelajar tersebut. di mana silapnya? ya, memangilnya. salah ke guru tersebut dgn menjual mahal markah bonus kpd pelajar tersebut disebabkan kesilapan kecil ini? ini bukanlah perbahasan utama kita. maka terserah kpd teman2 untuk menjawabnya. yg pasti, guru ini telah memberi satu penjelasan bukan hanya kpd pelajar tersebut bahkan kpd teman2 sekelasnya yg sekaligus menjadi satu peringatan yg berharga buat diri guru tersebut berserta anak2 muridnya dan mudah2an bg penulis dan siapa jua yg membaca penulisan ini.

usai urusan merekod markah ujian anak2 muridnya, si guru memanfaatkan masa yg berbaki utk ber'mesra' dgn anak2 muridnya...

guru : semua puas hati dgn markah masing2?

murid2 : alhamdulillah (serentak)

pelajar A : cikgu, ahmad sedih cikgu!

guru : kenapa ahmad?

pelajar A : cikgu x bg markah bonus kat dia. tu pasal sedih memanjang...(mengusik)

ahmad : hisy kamu ni...xde ape2lah (cuba membendung hiba..huhu..)

guru : sedih ke ahmad? kalo kamu nangis cikgu tambah markah.

ahmad : xde lah cikgu. ok je...

guru : ok je? ha, ni cikgu nak tanye. kamu saje2 ke eja salah, ahmad?

ahmad : xde lah, x sengaja pun... (sayu)

guru : agak2 kamu kan, kalo kamu sedar kamu tersalah eja masa menulis, apa yg kamu buat?

ahmad : baiki terus, cikgu!

guru : bagus! kalo kamu x baiki bimbang x cukup masa la konon, kemudian kamu dpt markah kurang disebabkan kesilapan itu, apa yg kamu rasa?

ahmad : RUGI!!!

murid2 : MENYESAL, cikgu!! (tambah sebahagian yg lain)

guru : jd, apa maknenye?

pelajar A : xde maknenye, cikgu...(menyampuk)

guru : yelah...maknanya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...

murid2 : xde gunanya!! (serentak)

guru : bijak2....kalo kamu biasa dengar ceramah atau ucapan dr. fadzilah kamsah, dia sering mengingatkan supaya kita buat muhasabah sebelum tidur. tengok balik salah silap sejak dr bangun tidur hingga nak tidur pulak. mintak ampun pd ALLAH dan pd sesiapa yg dia telah buat silap. di samping itu, kita pun maafkan semua orang. nescaya bahgia hidup kamu. jd cikgu nak pesan pd cikgu sendiri dan kamu semua supaya sentiasa muhasabah diri kita. kita semua manusia dan xkan terlepas dr melakukan kesilapan. bila kita sedar salah silap, terus baiki. kalo x baiki apa jd?

murid2 : RUGI!! (serentak)

guru : ya, RUGI!! kalo kat dunia kita rasa rugi x dpt A sbb kesilapan yg kecil...(memandang ahmad)...cuba byg kat akhirat kelak bagaimana ruginya kita kalau x dpt masuk SYURGA terus kerna salah silap yg kecil2 apatah lg yg besar2. na'uzubillah. sesal perbuatan2 kita kat dunia ni, sesal kat akhirat xde maknanya! mdh2an ALLAH memelihara kita dr api neraka dan menempatkan kita di SYURGA...

murid2 : AMIEN!! (serentak)

guru : jd kita kena jg hati dan seluruh anggota badan kita, lidahnya, tangannya dan sebagai2nya dr buat dosa. bila kita jg diri kita, insyaALLAH org lain pun terjaga dr salah silap kita. org muslim itu ialah org yg selamat saudara muslimnya dr lisannya dan tangannya. ni cikgu nak ingatkan terutama pelajar2 perempuan. ramai perempuan yg kantoi kat akhirat kerna byk sebab. antaranya x jg aurat, rambutnya..tangannya..dan macam2 lg lah. hairan cikgu tengok pelajar2 perempuan ni. keluar je sekolah, ramai yg tiba2 je panjang lehernya tidak pun membesar tiba2. mana taknye, tudung paras leher je dan hebat lg yg langsung 'menetas' tudungnya. ingat pesan iklan sunsilk..sape tau?

pelajar B : JGN RAMBUT JD PENGHALANG... (mencelah)

guru : ye...jgn rambut jd penghalangmu ke syurga, puteri2ku...(senyum). bukan rambut saje tau. ape2 jelah salah silap yg bisa menghalang dr menjejakkan diri ke syurga, berjaga2lah. laki2 ke perempuan ke, semua kena jaga aurat. semua kena usaha untuk pelihara diri dan ahli keluarga dr neraka dan usaha untuk mendapatkan syurganya dan yg utamanya MARDHOTILLAH. kalau buat salah silap, apa kita kena buat?

murid2 : baiki...mintak ampun.....

murid2 : TAUBAT!! (sahut sebahagian yg lain).

guru : bagus! mudah2an kamu dpt mengambil pengajaran kali ini dan sematkan dlm diri sbg panduan dlm menempuh kehidupan yg mendatang. baiklah, cikgu minta diri dulu semua. lain kali cerita lagi, kata sudirman..semua yg baik dan buruk itu dr ALLAH. namun sbg hamba yg lemah, maka terserlahlah kekurangan dan keburukan itu pd diri. wallahua'lam.

ketua : semua banguuunnn!...terima kasih, cikgu!

murid2 : terima kasih, cikgu!!

guru : sama...assalamualaikum.

murid2 : waalaikumussalam.

mdh2an kita mendapat intipati yg ingin disampaikan dan manfaatkan utk diri dan muslimin muslimat seluruhnya.

1- sentiasa update antivirus (dgn menambah ilmu dan pertingkat amal serta berdoa kpd ALLAH) utk scan virus2 pemusnah yg ada dlm diri dan hidup kita dan deletelah. apa jua salah silap yg kecil apatah lg yg besar2, semuanya perlu diambilkira dan diperbetul. firman ALLAH (bermaksud) : Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! <> Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! <> ( surah az-zalzalah, 99: 7-8)

2- motivasi istimewa khasnya buat kaum hawa kerna Rasulullah sollollohu ‘alaihi wasallam bersabda (bermaksud): Aku menjenguk dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.[Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari - no: 5198 (Kitab Nikah, Bab tidak berterima kasih kepada al-'Ashiir.............)] p/s: kaum adam jgn pulak rasa selesa. semua sama di pandangan ALLAH. yg membezakan adalah tingkatan TAQWA.

3- melaksanakan tanggungjawab da'wah dlm apa jua bidang yg kita ceburi dgn hikmah.

4- insafi dunia sementara...( 'an ibn ahmad alkelantani).

5- nak masuk syurga? ini antara jalannya => Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa <> Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik <> Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) <> ( surah Aali- 'Imran, 3: 133-136).

6- jika melihat kebatilan atau kemunkaran, walau sekelumit, perbetulkan dengan sehikmahnya dan seupaya yg dikurnia ALLAH.

7- andai aku tersilap, aku perlu ditegur dan diperbetul atas sebarang kesilapan atau kemunkaran, berlapang dadalah utk menerimanya dan memanfaatkannya. INGATLAH, bahawasanya setiap teguran atau pembetulan, besar atau kecil, tidak bisa MERANAP hidupmu, bahkan MEMANTAP dirimu jika anda bijak MENERIMANYA dan MEMANFAATKANNYA.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan <> Tunjukilah kami jalan yang lurus <> Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat <> Amien.

WALLAHUA'ALAM.

Monday, May 5, 2008

AWAK SETUJU TAK?


AWAK SETUJU TAK DENGAN 15 SOALAN INI?


1- Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

2- Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
3- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.

4- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
5- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.

6- Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

7- Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.

8- Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.

9- Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.

10- Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.

11- Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.

12- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.

13- Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.

14- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

15- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk awak translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Alloh SWT.
TAQOBBALALLOHUMINNIWAMINKUM.
WALLOHUA'LAM.

Friday, April 25, 2008

MARA MENUJU MAJU


andai di saat itu, begitulah aku...namun di saat ini, beginilah aku...kalam makhluk

menentang arus kebiasaan, menempuh badai mengocak naluri... pastinya membikin rasa x tenang di hati, memenatkan akal mengurai simpulan yang sekian lama membelit kehidupan, membutuhkan pada sesuatu yang UTUH, TEGUH dan KUKUH sbg sandaran pengharapan dan kekuatan.

pertama2nya, ayuh kita mengelamun seketika, sejauh mana telah BERUBAHnya kita kini berbanding kita yg dulu.

terkenang saat itu, beberapa saat terawal aku mula menghuni dunia sementara. Meski hakikatnya aku sendiri x sedar keadaan diri dan sekelilingku tika itu, namun aku hampir pasti bahawa tiada lain yg sinonim dgnku di zaman awal kemunculan sbg seorg insan di muka bumi selain bicara tanpa erti yg x bisa disingkap insan lain dinamai tangisan. dengan izin ILAHI, aku terus maju. 2-3 tahun berikutnya, ungkapanku lebih bererti. ibu ayah dan sesiapa jua, mereka kini kian mengerti lafaz2 yg ku ucap biar pun sedikit sulit kerna terhias seni2 kepelatan pd bicaraku..biasalah..kanak-kanak.. =)

di usia 6 tahun, aku terus maju. kini bukan sekadar mereka yg mengerti bicaraku, tapi aku juga mengerti. bahkan aku kini tahu, setiap patah bicaraku ada yg membinanya...A..B..C..........Z.... oh..begitu rupanya...segala PUJI hanya MILIK ALLAH...aku terus maju....dan di usia2 berikutnya ku sedari, bicara itu ada seni2 tersendiri.dan BICARA ITU INDAH bilamana seni2 itu diserasi dgn situasi. ku cuba pelajari dan mengasimilasi dlm hayatku sehari2. (smuga tiap ucap kataku terpelihara dan ada manfaatnya utk hari abadi..AMIEN) begitulah aku sejak dulu hingga kini. AKU TERUS BERUSAHA...BERUSAHA UTK BERUBAH...BERUBAH UTK MAJU... maju dalambicara...selagi diizin ALLAH utkku menutur bicara sebelum LIDAHKU KELU X BERKATA X BERSUARA. insafi dunia sementara...

hmm...bagus. satu kisah PERUBAHAN dlm HIDUP yg menarik. x sangka ye, dlm diam dgn taqdir ALLAH kita BERUBAH. NAMUN, benda2 camni je ke yg BERUBAH dan PERLU BERUBAH selama hayat dikandung badan? IS'AL NAFSAK! (tanyalah diri sendiri!)

baiklah, skrg sama2 pula kita singkap mutiara apa yg ingin dikongsi disebalik kenangan terindah ini.

bayangkan di suatu hari, seorang pemuda di usia 20-an singgah minum di sebuah kedai kopi. sedang pemuda itu terkenang2 zaman kanak2nya,maka datanglah si tuan kedai dan bertanya pemuda itu," minum apa encik?" maka, jawab pemuda itu spontan," bagi CUCU(susu) satu.." maka, terbitlah riak2 kemusykilan dan kepeningan pd wajah si tuan kedai. menyedari hal yg demikian, pemuda itu tersipu2 dan pantas membetulkan kalimahnya," maaf pak...bg saya susu..".

mengapa ye wujud kecelaruan di minda si tuan kedai? mungkin kerna perkataan yg pemuda itu guna X SESUAI pd tika dan keadaan itu. ya..memang.

dan mengapa ye si pemuda itu membetulkan kalimahnya? mungkin kerna dia SEDARI bahwa dia telah TERSILAP cakap. ya ...memang.

dan mengapa ye pemuda itu TANPA BERLENGAH terus membetulkan kalimahnya? mungkin kerna baginya X PERLU CARI MASA LAIN. ya..memang.

berpandukan kisah di atas, jom kita berteka-teki skit.

agak2nya la kan, hidup kita ni bercelaru ke x ye. KENAPA? yelah, cuba cek perangai2 masing2. SESUAI ke x utk berada dlm diri yg bernama MUSLIM/AH,MU'MIN/AH.

agak2nya la kan, bila ada salah atau silap, apa patut kita atau siapa2 yg sedar buat. MARAH? HUKUM? MAAF? @ sbgnya? tengoklah apa jenisnya. yg penting setiapyg salah atau silap perlu DIBETULKAN, bukan DIBENARKAN! KEBENARAN TETAP KEBENARAN, KEBATILAN TETAP KEBATILAN! HALAL TETAP HALAL, HARAM TETAP HARAM! (kalau x jelas mana yg BENAR dan mana yg BATIL dlm sesuatu perkara, CARILAH PENJELASAN! ITULAH PENTINGNYA ILMU!)

agak2nya la kan, bila kita kita perlu BERUBAH atau MEMBETULKAN BRG YG SILAP? hmm...bila ye??? nak tunggu bila lg. SAATNYA KAU MENYEDARI BRG YG PERLUDIUBAH atau DIPERBETUL, MAKA SAAT ITULAH KAU PERLU BERTINDAK.

justeru, ayuh sama2 kita tanya diri sendiri. SIAPA KITA? dan SIAPA SEPATUTNYA KITA? apakah kita sudah menjadi siapa yg sepatutnya kita jadi? atau kita sedangberusaha menjadi siapa yg sepatutnya kita jadi? atau kita belum sedar siapa sepatutnya kita jadi?

diriku dan saudara2ku, sesungguhnya kita dicipta oleh YG MAHA MENCIPTA utk menjadi HAMBANYA YG TAAT SETIA KEPADANYA SEMATA2 dan menjadi KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI YG MENEGAKKAN DAN MENGAMALKAN ISLAM YG SYUMUL.



maka, diriku dan saudara2ku, ANALISALAH DIRI. apakah sifat2 yg sedang menghuni diri semuanya SESUAI dan LAYAK utk terus menghuni diri?

andai kau sedari masih ada sifat2 yg X SESUAI & X LAYAK menghuni diri, BERSIHKANLAH semua itu dari dirimu.

andai kau x sedari apakah sifat2 yg X SESUAI & X LAYAK itu menghuni diri atau tidak, SULUHLAH dirimu dgn ILMU PENGETAHUAN dan BERSIHKANLAH.

andai kau kenali sifat2 yg SESUAI & WAJAR menghuni diri, SUBURKANLAH semua itu dalam dirimu.

andai kau x kenali sifat2 yg SESUAI & WAJAR itu menghuni diri atau tidak, SULUHLAH dirimu dgn ILMU PENGETAHUAN dan SUBURKANLAH.

sudah tibakah masanya utk aku berubah? YA! masanya senantiasa tiba dan tidak menanti2. jgn tunggu saat itu. lakukan di saat ini, iaitu saatnya aku sedar bahawa AKU PERLU UBAH INI atau AKU PERLU UBAH ITU.PERUBAHAN ITU LUAS.LUASNYA MELIPUTI SELURUH ASPEK DLM DIRI DAN KEHIDUPAN. AKTIFKAN SENTIASA NIAT UTK BERUBAH... BERUBAH KERNA ALLAH.

ISLAH NAFSAK WAD'U GHOIRO

AKU TERUS BERUSAHA...BERUSAHA UTK BERUBAH...BERUBAH UTK MAJU...MAJU DALAM MENGHIASI DIRI DGN PERIBADI MU'MIN/MU'MINAH.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus Iaitu jalanorang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH MEREKA YG HARI INI LEBIH BAIK DR SEMALAM, RUGILAH MEREKA YG HARI INI SAMA DGN SEMALAM, DAN CELAKALAH MEREKA YG HARI INI LEBIH BURUK DR SEMALAM.


JUSTERU, BERUBAHLAH! BAIKI DIRIMU DGN PERUBAHAN KE ARAH YG LEBIH BAIK! APA JUA! APA JUA YG PERLU DIUBAH UTK KEBAIKAN DUNIAMU DAN AKHIRATMU!

ANDAI DI DUNIA KINI, BEGINILAH AKU.
MAKA DI AKHIRAT KELAK, BAGAIMANAKAH AKU?

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH KAMI DI DUNIA, HASANAH, DI AKHIRAT, HASANAH, DAN JAUHKANLAH KAMI DARI AZAB API NERAKA. DAN SELAWAT ALLAH KE ATAS MUHAMMAD S.A.W. DAN KE ATAS AHLI KELUARGANYA DAN PARA SAHABATNYA SELURUHNYA. DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.

nasuha

"bermulalah (dlm sesuatu tindakan) dari akhir mindamu" @ 'begin from the end of your mind' - au kama qola makhluqon


mungkin kita boleh ambil iktibar dr kata2 ini...FIKIR2KAN.

ya, seharian dlm kehidupan, selama bertahun2 hayat dikandung badan, amatlah banyak PERKATAAN yg kita tuturkan dan banyak pula PERBUATAN yg kita lakukan.ada yg bg MANFAAT pd kita sama ada di dunia ataupun akhirat dan ada pula yg x bg apa2 manfaat. bahkan ada yg bisa bg KERUGIAN di dunia juga akhirat, na'uzubillahi min zalik.

SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH MEREKA YG BERBAHGIA DI AKHIRAT (ya Allah, jadikanlah kami dr golongan ini, amien).dan SESUNGGUHNYA RUGILAH BAHKAN CELAKALAH MEREKA YG BERDUKACITA DI AKHIRAT (ya Allah, peliharalah kami dr golongan ini).

maka diriku dan saudara2ku, BERFIKIRLAH DENGAN ILMU DAN AKAL YG WARAS sebelum apa jua tindakan, BERKATA2 mahupun BERTINDAK.mohonlah PETUNJUK ILAHI dalam apa jua perkara, dan MUHASABAHLAH SEGALANYA.

sesungguhnya tiada yg mengetahui pengakhiran kpd setiap permulaan, ILLALLAH.maka diriku dan saudara2ku, HIASILAH HAYAT SEHARI2 DENGAN NASUHA.




Thursday, April 24, 2008

MuQoDDiMaH

dEnGaN NaMa ALLAH yG mAHa PemURaH Lg MaHa pENyaYaNg.SeGaLa pUJi HanYa bGNYA, tUhAN SeKaLiaN aLaM. SeLaWaT DaN SaLaM kE aTaS RasUliLLaH dAn Ke aTaS AhLi KeLuaRGa BaGinDa dAn PaRA SahABaT bAgInDa sELuRuHnYa.

Amma ba'du,

hanyasanya bermula setiap amal itu dgn NIAT. dan hanyasanya bg tiap2 seorang itu apa yg ia niatkan.

AhLaN wASahLaN Wa MaRhaBaN BikUm.

seawalnya aku bersaksi bahawa TIADA TUHAN YG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH dan BAHAWASANYA NABI MUHAMMAD S.A.W. ITU RASULULLAH.

seterusnya ku harap AMAL(pekerjaan) ini bisa mendatangkan MANFAAT buat diri dan saudara saudari sekalian sama ada MANFAAT itu utk DUNIANYA bahkan AKHIRATNYA. Amien.

selanjutnya ku harap saudara saudari sudi membantu diriku dgn MEMBETULKAN apa jua SALAH SILAP yg ada dlm projekku ini.

kerjasama kalian smuga diganjari ILAHI dgn SYURGANYA. Amien.

YG BENAR ITU BENAR! YG SALAH ITU SALAH!
NASIHATKAN DAKU.

Firman ALLAH (bermaksud):

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa <> Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik <> Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) <> Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal <> (QS Aali-'Imran, 3: 133 - 136)

Taqabbalallhu minni wa minkum.Wallahua'lam.